Search
  • Zairol Hasri

“Raspberry Leaf Tea” untuk Mudahkan Bersalin?


Salam Pembaca..

Insyallah, dengan izin Allah isteri saya akan melahirkan anak pertama kami pada April ini. Idea mengenai teh daun raspberry ini keluar dari kakak saya kira-kira awal bulan Februari yg lepas menyuruh saya mencari kebaikan teh herba tersebut sebab dia juga pernah mengamalkan teh tersebut, siap boleh pergi sekolah, sarapan, tup-tup sebelum pukul 10 pagi dah selamat melahirkan bayinya. Ironinya masih ramai dari kalangan orang Malaysia tidak mengetahui khasiat teh tersebut sehinggakan kalau kita google dalam bahasa Melayu tidak banyak maklumat yang akan kita dapat. Tapi sebenarnya amalan ini telah lama dipraktikkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.

Daripada pembacaan saya teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, terlampau sedikit kajian saintifik mengenainya. Tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan ( supplement ) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga. Menurut satu website yang saya dapat http://www.pregnancy.com.au/resources/topics-of-interest/pregnancy/raspberry-leaf.shtml , antara khasiat teh daun rasberi ini ialah:

1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )

2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung

3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.

5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.

6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.

Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”.

Sehubungan dengan itu saya ingin memperkenalkan teh tersebut kepada pembaca blog yang mana berminat untuk membeli teh tersebut dari saya. Teh tersebut diimport dari London, United Kingdom (UK). Menurut pembekal, anda semua boleh mula minum teh tersebut bermula dari minggu ke 36 atau ke 37, tetapi cuba elakkan dari meminumnya jika kandungan kurang dari 35 minggu.

Kandungan teh tersebut mengandungi 1 gram (48%) daun raspberry, daun blackberry dengan perisa asli raspberry. Setiap kotak mengandungi 20 uncang teh dan dijual dengan harga RM28 sekotak tidak termasuk kos penghantaran iaitu RM7 untuk semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk stok pertama ini Expired Date seperti yang tercatat di kotak ialah “Best before end April 2011″ bermaksud boleh digunakan sehingga April 2011. Saya akan update bila stok baru sampai nanti. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh berhubung saya melalui ruangan komen dengan sertakan email yang betul supaya saya dapat membalasnya nanti. Komen dari anda amatlah dialukan, Sekian.

Source

: http://roydotcom.wordpress.com/2011/02/23/raspberry-leaf-tea-untuk-mudahkan-bersalin/

#photo #hot

3,124 views

Recent Posts

See All

WELCOME TO OUR NEW WEBSITE

Apart of our Malaysia Raspberry Leaf Tea Facebook Page, we will also provide an online shop with some tips, testimony and blog entry for easy reference

CONNECT WITH US

  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Instagram Social Icon

CONTACT TEA FOR LIFE

​​​​​​​​​​​​​​​​​Telephone:  03-5103 9931 / 012-9589219
Monday - Friday: 9 a.m. - 6 p.m. GMT+8
teaforlifetime@yahoo.com

© 2014 by PURE. Proudly created with Wix.com